Jumaat, 8 Oktober 2010

Kata-kata Aluan Tuan Pengetua

 Pn Hjh Noor Hashimah Bt Hj Hassan
Pengetua SMK Maokil
Assalammualaikum... dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Laman Web Pendidikan Khas sekolah ini. 
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana tuan/puan sudi mengunjungi Laman Web ini. Tujuan utama laman web ini adalah untuk berkongsi atau bertukar-tukar pengalaman kepada semua pengunjung laman ini. Harapan saya dengan adanya laman web ini tuan/puan dapat mengenali lebih dekat lagi dengan program-program pendidikan khas.
Wassalam.

Pengenalan dan Sejarah P.Khas SMK Maokil

Pembukaan Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Maokil bermula pada Tahun 2001. Seramai 4 orang pelajar-pelajar Pendidikan Khas dari Program Pendidikan Khas SK Maokil 1 telah ditempatkan ke sekolah menengah. Pada bulan Oktober 2000 seorang guru SMK Maokil En Harun B Abd Rahman telah menghadiri Kurusus Asas Pendidikan Khas sebagai persediaan awal menerima kedatangan pelajar-pelajar baru.

En Harun telah dilantik menjadi guru pendidikan khas 1 Jan 2001 dengan jumlah pelajar seramai 5 orang . Pada Okt 2001 En Iskandar Shah b. Samingon telah mengambil alih tugas setelah En Harun berpindah ke SK Labis. Pada Mei 2004 En Masnawi b. Samsuddin telah ditempatkan ke sekolah ini kerana penambahan bilangan pelajar menjadi 8 orang. Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan dan mendapat sambutan dikalangan penjaga pelajar seperti projek Jambu Batu .

Pertambahan pelajar seramai 16 orang menyebabkan seorang guru lagi telah ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun 2006 Pn Syamsiah Bt Mohamad telah ditempatkan ke sekolah ini dan pada tahun yang sama En Masnawi di lantik menjadi Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Segamat. Pada Mei 2007 En Ishak b. Samsudin telah ditempatkan di sekolah ini bagi menampung keperluan guru di kelas pendidikan khas.

Bilangan guru pendidikan Khas menjadi 3 orang semula dengan jumlah pelajar seramai 12 orang apabila En Anuar Halim B. Ismail ditempatkan ke SMK Maokil pada 1 Ogos 2007. Pendidikan Khas SMK Maokil telah bergiat aktif dan berjaya mengadakan pelbagai program pendidikan khas di peringkat sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelajar-pelajar SMK Maokil juga tidak ketingalan mengikuti Pertandingan peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri, serta tidak ketinggalan menyertai program-program yang dianjurkan oleh badan-badan NGO lain seperti program bersama PDK Gugusan Maokil, mahasiswa dari UKM, UPSI dan UiTM Segamat dalam pelbagai bidang. Kelas ini telah dirasmikan pada 08hb Mei 2008 oleh Tuan PPD Daerah Segamat.

Pada Mei 2008 kelas ini diceriakan lagi apabila seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Cik Nurul Aien Bt Nordin telah ditempatkan bertugas dikelas ini dan Cik Kartini  bt Sean seorang guru pada Mac 2009. Pada Oktober 2010 2 orang guru telah melapor diri di sekolah ini iaitu Pn Haidah dan Cik Maisarah.