Pengurusan Perpustakaan Mini
Catatan Sejarah
Perpustakaan Mini ini ditubuhkan pada akhir tahun 2007 sebagai persediaan awal proses pengajaran dan pembelajaran dalam program celik membaca dikalangan pelajar pendidikan khas. Keperluan 2M (membaca dan menulis) merupakan pemangkin kepada sudut ini dilaksanakan.
Tranfomasi ini berlaku berdasarkan respon baik dari program amalan membaca yang dianjurkan oleh pihak Pusat Sumber sekolah dengan peruntukan dana sekolah sedia ada. Oleh itu program pendidikan khas SMK Maokil telah melakukan tranfomasi untuk menaik taraf sudut bacaan kepada Perpustakaan Mini.
Peruntukan yang disalurkan kepada pendidikan khas telah dugunakan untuk menambah bilangan koleksi buku-buku cerita, noval, rujukan dan bahan-bahan ilmiah lain. Lebih daripada 600 buah buku dengan nisbah 1:20 iaitu 1 orang pelajar dangan 20 buah buku, telah berjaya disediakan. Terdapat pelbagai sudut seperti sudut pameran, sudut bacan ringan dan ilmiah, geleri aktiviti , ruang multimedia, sudut sejarah dan meja bacaan luar.
Program ini telah berjaya meningkatkan tahap prestasi pelajar pendidikan khas dari gagal kepada lulus terutamanya bagi calon-calon peperiksaan PMR dan SPM yang dilaksanakan oleh unit kurukulum sekolah . Keberkesanan ini telah mempergiatkan lagi usaha perpustakaan mini ini sebagai gedung ilmu. Pelajar-pelajar pendidikan khas menjadikan perpustakaan mini ini sebagai tempat meningkatkan pencapaian membaca dengan lancar. Setiap 3 bulan sekali, pembaca terbanyak akan diberikan piala pusingan. Perpustakaan Mini ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada hari Jumaat 15 Okt 2010.
Semoga dengan usaha yang berterusan ini dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan pelajar—pelajar pendidikan khas SMK Maokil.
Bilangan Buku di Perpustakaan Mini
Majlis Perasmian Perpustakaan Mini SMK Maokil
Perasmian ini telah disempurnakan oleh:
Pn. Hjh. Noor Hashimah Bt Hj Hassan
Pengetua SMK Maokil
Naik Taraf Perpustakaan Mini Januari 2012
Lawatan Penanda Aras Pegawai-Pegawai Pendidikan Khas PPD dan Jabatan Pejaran Negeri Johor
Lawatan Penanda Aras PPM Kota Tinggi
Muzium
SMK Sg Udang Melaka perlawanan persahabatan Futsal, Petang dan permainan Dalaman
Aktiviti Alam sekitar Pantai Pangkalan Balak
Pusat penyu dan riadah pantai di melaka.